Diterbitkan pada 27 Februari 2026, 11:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) akan menganjurkan Pertandingan Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026 bermula pada 23 Februari 2026 hingga 28 Jun 2026.

Menurut KPN, “Tema ‘Bersama Membina Negara Bangsa” telah dipilih bagi tahun 2026 selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang turut mengangkat pembinaan negara bangsa sebagai salah satu tonggak utama pembangunan rakyat dan negara.

“Negara bangsa amat penting untuk Malaysia pada masa ini kerana menjadi asas kepada keamanan, perpaduan, kestabilan dan keharmonian sesebuah negara majmuk,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah kebangsaan dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang di samping sijil penyertaan turut diberikan kepada para peserta pertandingan.

“Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah,” katanya.

Para peserta yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh melayari laman media sosial rasmi ANM atau mengimbas pada kod respons pantas yang tertera pada poster yang disertakan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi