Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) mengadakan Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu 2.0: Legasi Adiguru sepanjang Oktober ini.
Pameran yang berlangsung dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2025 di Muzium Etnografi Melayu, APM ini menampilkan 40 koleksi terpilih hasil seni ukiran daripada lapan tokoh pengukir ternama tanah air.
Antara adiguru yang terlibat termasuklah Wan Su Othman, Wanpo, Haji Abdul Latif Long, A. Rahman Long, Tengku Ibrahim Tengku Wok, Nik Rashiddin Nik Hussein, Norhaiza Noordin dan A. Muhaimin Hasbollah.
Menurut penganjur, pameran ini bukan sekadar mempamerkan keindahan seni ukiran Melayu, malah turut memartabatkan warisan dan legasi para adiguru kepada generasi muda.

Sebagai pelengkap kepada pameran, turut diadakan “Forum Ukiran Kayu Melayu: Legasi Adiguru” pada 8 Oktober 2025 (Rabu) dari pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Semarak, APM.
Forum ini akan menampilkan panel yang pakar dalam bidang seni ukiran dan warisan budaya Melayu yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan dengan seni ukiran tradisional.
Sebagai tarikan istimewa, suatu demonstrasi ukiran kayu secara langsung akan diadakanoleh pengukir dari Desa Ukiran Kayu, Besut dan Institut Kraf Negara di foyer APM pada hari forum.
Orang ramai berpeluang melihat sendiri proses mengukir dan kemahiran tinggi yang diperlukan bagi menghasilkan karya ukiran Melayu.
Pendaftaran untuk penyertaan forum boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan Google Form yang disediakan: Borang Pendaftaran Forum
Program ini merupakan usaha APM dan PENGUKIR untuk memelihara dan mempromosikan warisan seni ukiran kayu Melayu yang semakin dilupakan pada era moden.
Untuk maklumat lanjut tentang program ini, orang ramai boleh menghubungi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di talian +603-7967 7200/7218.