Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Aktivis dan pengarah teater ternama tanah air, Dr. Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat petang tadi.
Terdahulu, Allahyarhamah Dr. Rosminah Tahir pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).
Allahyarhamah sebelum ini juga pernah mengarah teater termasuklah teater yang berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po, Mak Dara Nyonya dan Anugerah.
Pada Oktober tahun lalu, beliau telah mementaskan karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A. Samad Said, Lantai T Pinkie di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Difahamkan, jenazah Allahyarhamah Dr. Rosminah Tahir dijangka dibawa ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk dikebumikan.
Ternyata, pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang besar terhadap industri teater dan seni tanah air.