Diterbitkan pada 20 Mei 2023, 15:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Damansara – Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan telah mengadakan Majlis Penyampaian Bengkung dan Selempang kali ke-10 di Pusat Latihan MSGA Sdn Bhd, Kota Damansara kepada 17 orang pesilat yang telah melepasi ujian.

“Silat merupakan salah satu seni warisan Melayu yang wajar dikekalkan kerana ianya mampu memupuk jati diri yang kuat terutama untuk generasi muda yang bakal mewarisi negara” ujar Pengasas Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Mejar Hasrul Taufek Roslan PNBB (Lebanon) PPS PPA TUDM (Bersara).

Pendekar-pendekar cilik daripada Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan.

Majlis Pemakaian Bengkung dan Selempang merupakan majlis bagi meraikan kejayaan ahli Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor yang telah lulus ujian kenaikan bengkung. Kenaikan bengkung adalah untuk menentukan tahap pelajaran silat yang telah dilalui oleh pesilat.

Penyerahan Bengkung Wira Muda Jati Tahap 1 kepada adik Shahmer.

Ujar beliau lagi, silat bukan sahaja merupakan seni bela diri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada seni warisan, menyihatkan tubuh badan dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam rohani para pengamalnya.

Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan telah ditubuhkan sejak tahun 2013 dan telah melahirkan ribuan pesilat.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi