Diterbitkan pada 5 April 2024, 03:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Tokoh Warisan Kebangsaan bagi Kategori Orang Hidup dan Tokoh Teromba, Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), petang semalam.

Allahyarham Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin pernah berkhidmat sebagai Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM selain pernah dilantik sebagai Seniman Tamu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan dari tahun 2020 hingga 2022.

Adab Dalam Teromba: Unsur Islam dalam Kesusasteraan Melayu merupakan antara buku hasil karya beliau yang diterbitkan pada tahun 2021. Beliau juga merupakan antara penulis yang pernah menulis untuk ruangan majalah Dewan Budaya.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Muhammad Hafiz, 26, bapanya baru pulang dari Indonesia pada Februari lalu dan kini dalam proses menyiapkan buku tentang adat Melayu dua negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi